My Blog List

Wednesday, 28 May 2014

AYAH

Assalamualaikum....

AYAH... ABAH... PAPA....BABA...
Apa yang korang rasa bila bercakap mengenai perkara ni. Ungkapan yang seringkali kita ungkapkan mengikut panggilan yang kita tetapkan sendiri. Aku memang dari kecik panggil AYAH... Kenapalah tak panggil PAPA ke ... BABA ke kan.... Suka pulak aku dengan panggilan yang macam tu. Terasa menja dan dekat je dengan si pemilik panggilan tu sendiri.

AYAH...
Besar sungguh peranan dia sebagai ketua keluarga. Dialah ketua, dialah IMAM dan dialah tempatnya kita nak rujuk mengenai apa pun keputusan yang kita nak buat dalam kehidupan kita sendiri. Dia lah juga tempat kita nak merengek siang malam coz tak dapat choki-choki... patung superman, batman, barbie and macam-macam lagi lah. Bukan senang nak jadi ayah ni, perlu siapkan diri dari segi mental dan fizikal demi membesarkan anak-anak agar menjadi orang yang berguna di kemudian hari. Lagi besar ganjarannya kalau dia dapat mendidik anaknya sebagai seorang anak yang soleh dan solehah. Sejuk je perut si isteri yang mengandungkan anaknya tu..

AYAH...
Aku ni tak lah rapat sangat dengan ayah aku. Coz ayah aku ni garang waktu aku kecik-kecik. Waktu kecik dulu, aku sampai takut gak lah kalau dengar ayah nak balik dari kerja. Ayah aku ni very perfectionist kalau bab-bab kebersihan ni. Disebabkan sebutir nasi je ada atas lantai, aku dah siap tadah tangan nak kena sebat dengan 3 batang lidi halus tu... Haaaiisshh... spoil betul kalau teringat balik.. Ccchhooiii.... Tapi tu lah, nasib baik anak dia ni jadi gak lah orang yug berguna.

AYAH..
Actually bukan nak buat luahan rasa pasal cara ayah aku membesarkan aku pun. Cuma kekadang rasa sedih pula bila teringat susah senangnya nak besarkan aku ni. Tapi bukan setiap waktu tu indah dan buruk belaka. Cuma pengalaman hidup yang terkadang singgah untuk menguji tahap kesabaran, kepandaian dan rasa bersyukur dengan apa yg ada dalam hidup kita ni kekadang boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian kita.

AYAH..
Anak mana yang tak sayangkan ayah dia kan. Tapi kekadang aku rasa kosong, sedih, marah, bengang, meluat, benci dengan perasaan aku sendiri. Macam mana aku nak jadi anak yang solehah kalau cara aku dibesarkan biasa2 saja. Aku pun teringin nak AYAH yang boleh jadi imam aku, Ayah yang ajar aku solat, AYAH yang jadi cikgu aku, AYAH yang jadi kawan aku, AYAH yang jadi bapa yang ambil report kad di sekolah aku, AYAH yang pujuk waktu aku merajuk atau sedih atau marah, AYAH yang selalu ada bila aku dalam kesusahan. Besar sangat ke kemahuan aku ni? Susah sangat ke sebagai seorang ayah nak penuhi hasrat anaknya ni? Semua tu hanya soalan yang takkan dapat jawapan sampai bila-bila pun.... :-)

AYAH..
Orang lain boleh berkata apa sekalipun kat kita. Tapi orang luar, even saudara kita sendiri pun tak tahu apa yang kita lalui dalam hidup kita sendiri. Ya, banyak betul kekurangan cabaran sebagai AYAH. Susah juga kalau kita dapat ayah yang masih belum sedar akan keadaannya, yang hanya pentingkan kehendak dia sendiri, semuanya untuk diri dia sendiri hinggakan apa yg berlaku disekeliling dia adalah salah dan semak bagi dia. Buat ape ada isteri dan anak yang ramai kalau tak mampu nak laksanakan tugas sebagai AYAH dengan jayanya. Tak perlu berpoligami jika tak mampu, tak perlu anak ramai jika tak mampu, tak perlu berlagak kaya jika tak mampu, tak perlu penuhi kehendak yang bukan-bukan jika tak mampu. Silap-silap, yang Halal boleh jadi Haram, Yang Haram boleh jadi Halal bagi dia... Nauzubillah...

AYAH..
Sampai bila-bila pun panggilan ayah tu akan sentiasa kita dengar, Akan sentiasa kita sebut selamanya. 

AYAH..
Pimpinlah Isteri dan anak-anakmu ke jalan yang benar. Rotan dan pukullah anak-anakmu jika dia tidak ikut cakap AYAH untuk solat, jika dia tak ikut cakap AYAH untuk tidak keluar malam, jika dia tak ikut cakap AYAH untuk jadi anak yang soleh dan solehah...

AYAH...
Didiklah anak-anakmu yang cetek pengetahuan, yang cetek kemahiran, yang cetek pengalaman hidup, yang cetek ilmu sebagai seorang anak yang sebelum ini AYAH pun tempuh sebagai seorang anak.

AYAH..
Hingga hujung nyawapun AYAH tetap AYAH..




Friday, 7 March 2014

SI COMEL MUHAMMAD ADAM HAZIQ

As Salam

Salam Jumaat semuanya...

Dah lama diriku tak mengomas sarangku ini.. huhu...
setahun plus2 jugak lah aku tak membebel kat dunia maya ni..
rindu juga rasanya nak mengomel sensorang dalam ni..
taip laju2 macam pandai beno main keybrd ni pun...

Last entry aku pasal bebudak comel yg mak aku ngasuh sebelum kami pindah ke teratak kami yang baru tu last 2 years...
Pilu je rasa hati ni bila teringat bebudak tu semua... 
walaupun sekali sekala kami kidnap diorang dr ibu ayah diorang sendiri, tapi perasaan dan kepuasannya tak sama dengan time mak aku ngasuh diorang tu semua dulu...

Actually niat hati dah nak bagi mak aku brehat kat umah je, sambil teman and jagakan adikku NANO tersayang di rumah...
Kononnya nak retired dari jadi pengasuh lah kan...
Tapi ape kan daya ade pulak sorang budak chomel yang menyakitkan plus menggeramkan hati ni dengan kecomelan dia tu, datang serah diri kat rumah aku..

Adoii... cair terus hati kita ni tau... tersengeh2 pandang kita tau...
walaupun dia ni special kes lah kan...
dan2 tu terus mak aku daftar persatuan pengasuh balik...ekekkeke...
tak jadi dah nak retired... terjebak jugak ngan budak kecik tu..

Pejam celik pejam celik.. dah setahun pun baby tu..
now dah beso lah kan... makin menggeramkan hati sampai nak geget jek rasa kita ni... huhu....


Muhammad Adam Haziq Bin Kamarulzaman
Lahir pada 1.3.2013













k, jumpa lain entry ya..
selamat bekroje semua...
Assalammualaikum... w.b.t

Monday, 3 December 2012

KEHILANGAN ADIK2 TERSAYANG

Salam Semua...


Lama sangat dah tak update blog ni. Kalau lah hidup blog ni, bermaki-makian dia dengan diriku. Tapi, jangan salahkan diriku, salahkan jari jemari yang malas untuk bergerak di atas board yang chomel-chomel ni.



Mungkin kerana perasaan yang singgah kepada diriku hari ni penuh dengan keheningan dan kesedihan yang tak dapat dibendung lagi, So blog yang dah lama dianak tirikan ini lah tempat yang paling sesuai aku luahkan segalanya. Dari bercakap sorang-sorang depan dinding, orang akan cakap aku giler plak kan.. Actually, orang sekeliling memang tak kan faham apa yang aku rasa dengan perasaan ni. KEHILANGAN? besar sangat ke benda yang hilang tu? Mahal sangat ke benda yang hilang tu??? ... banyak betul soalan yang aku perlu jawab. Let me explain ya...



Kalau u all dah biasa menjengah blog ku dengan entry-entry yang sebelum ni, aku selalu cerita pasal adik-adik kesayangan ku yang berlainan ibu dan bapa... YES... aku memang sayang diorang macam darah daging aku sendiri. Tak pernah aku beza-bezakan mereka berempat dengan adik2 betul ku. Actually ibuku as a babysitter yang menjaga 4 orang budak chomel, nakal and so on since diorang baby lagi. Yaya since dia 8 bulan sampailah sekarang dah 5 tahun. Kira pula since baby 3 months sampai sekarang dah 3 tahun lebih. Amsyar pulak since baby hingga sekarang dah 2 tahun lebih and the last one is Syakil since baby juga, and next month dia dah 2 tahun... yeeaayyy... 



Pejam celik, pejam celik dah besar semuanya. Dari belum pandai berjalan, sekarang dah pandai berlari... dari belum pandai bercakap, sekarang dah pandai menyanyi.. macam macam kerenah yang membuatkan hati terhibur walaupun dalam keadaaan marah sekalipun... Finally, today is the 1st day my mom without the kids at home.... Janggal sekali rasanya bila dah biasa bangun pagi, kemas-kemas untuk tunggu kedatangan diorang berempat ke rumah and sekarang semua rutin itu, dah tiada lagi..



Memang berat nak lepaskan diorang semua, tapi demi meneruskan kehidupan di kediaman yang baru.. terpaksa juga kami lepaskan walaupun rasanya seperti tercalar hati yang sakitnya amat pedih mengalahkan rasa sakit bila diriku ditinggalkan kekasih... its so hurt me... :-(

KIRA & YAYA



Ini YAYA
KIRA

AMSYAR

KIRA

KIRA

YAYA


KIRA


YAYA & KIRA

    2 BERADIK YG NOTY... :-)

GILER CHOMEL KECIK2 KAN.. MANA TAK GILER AKU NI HA...

CHAK....

ADIK SYAKIL SAYANG..

Bila tengok pic-pic ni, mana tak geram kan... memang tak kan dapat ku lupakan wajah-wajah kesayangan hamba ini... 

P/S: Kakak sayang dengan adik-adik kakak k, ade rezeki and umur yang panjang kita boleh duduk sama lagi ya... sampai bila-bila pun kakak takkan lupakan adik2 kakak yang terchenta ni.. Jaga diri bebaik k. Semoga kamu semua membesar dengan menjadi anak yang soleh dan solehah... amin... LUV U GUYS SO MUCH!!!!!!!!!! AND WILL ALWAYS MISS U LIKE CRAZY!!!!!!.... Will always here for u guys at anytime..... mmuuuaaahhhh.... :-)

Friday, 22 June 2012

DEACTIVE FACEBOOK

Salam semua...

Saat ni dan ketika ini, aku sedang menulis dengan ditemani linangan airmata yang berjujuran jatuh di bumi umpama air terjun yg deras mengalir tanpa hentinya. Sedih sungguh rasa hati ini bila dugaan dan rintangan datang  menimpa diri yang kerdil untuk menghadap segala macam onak duri hidup di dunia ini. Sampai ada seketikanya otak aku menjadi beku yang membuatkan aku tak dapat nak berfikir dengan warasnya pun. Namun, Alhamdullillah aku tersedar dari bisikan syaitan nirrajim dari berbuat sesuatu yang bodoh dalam hidup ni. Aku sedar bahawasanya, semua manusia yang hidup di pentas lakonan bumi ALLAH ni memang tak lari dari pelbagai dugaan dan rintangan daripada ALLAH yang maha ESA. Aku segera berserah untuk mendapatkan keredhaan dunia dan akhirat. 

Bukan niat hati nak menjadi seorang wanita yang mementingkan diri, membanggakan diri, membenci kehidupan peribadi orang di sekeliling aku dan menjadi seorang hamba yang tidak redha dengan kehidupan yang diberi dan pelbagai lagi. Cuma terkadang hati kecil ni cepat terasa dengan ujian yang diberi. Mungkin kekuatan jiwaku secara zahirnya nampak kuat dan cekal berani. Tapi, sebaliknya yang terjadi. Tak ada sedikitpun niat dihatiku nak menjadi seorang anak yang derhaka terhadap kedua ibu bapa, menjadi seorang kawan yang mementingkan diri dan tidak disukai malah dibenci, menjadi pekerja yang tak menghargai tugas sendiri dan macam-macam lagi perkara negatif yang lain. 

Cuma terkadang aku tak dapat lari daripada melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan kejatuhan diri sendiri. Bukan niat hati juga mengemaskini status FB dengan ayat-ayat yang kurang sopan untuk kepuasan diri. Cuma niat dihati nak beri sedikit teguran yang kasar kepadanya. Tapi, ramai pulak yang tersalah anggap dengan status yang ditulis,. Dituju khas pada yang lain, tapi yang lain pulak terasa. Mungkin disebabkan situasi yang berlaku sama dengan mereka juga. Tapi ketahuilah, bukan mereka yang aku katakan. Cuma sepasangan manusia yang leka dengan nikmat didunia tanpa sedar azab di neraka. 

Oleh sebab itu, aku dah pun ambil keputusan untuk deactive aku punya fb acc untuk keharmonian semua. Aku rasa itu yang terbaik bagi diri aku sendiri. Aku dapat rasakan, apabil acc fb aku tak aktif, maka aku takkan BACA dan LIHAT perkara-perkara yang menyakitkan hati kecil ni dan hidupku. 

p/s : To all my fb friends, aku sayang korang semua. Maafkan segala kesilapan aku and hopefully, kita semua akan keep in touch ya... LUV YA...:-)



Sunday, 17 June 2012

MAJLIS TAHLIL DAN KESYUKURAN

Hai semua...


alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis lagi. walaupun jari-jemari semakin membeku akibat kesejukan dengan air-cond ofis yang sesangat sejuk giler. actually lama dah nak post mengenai entry ni, tapi asyik terbantut saja. almaklumlah next month kan nak puasa, so kena lah settlekan beberapa kerja and perkara yang tak dapat nak dilaksanakan sebelum ni.


Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T juga, dengan rasa bersyukur yang teramat sangat dan berbesar hatinya aku sekeluarga dapat menunaikan hajat untuk membuat sedikit kenduri tahlil dan kesyukuran di teratak baru kami iaitu di Aman Villa Pelangi Semenyih dan kini telah pun diberi nama baru kepada Villa Impiana Pelangi Semenyih (VIPS). Alhamdullillah 14.4.2012 hari tu, termakbullah impian kami sekeluarga. Rumah yang aku beli ni sama dengan tarikh lahirku, cuma tahun je lain..huhhu... 21 julai 2009. that's why lah sangat sayang ini rumah.


Rasa seronok sangat disamping sanak-saudara dan kawan-kawan yang dekat mahupun jauh kerana sudi untuk hadir bersama bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut. Majlis yang berlangsung memang meriah sangat dengan kehadiran mereka semua. Aku lah orang yang paling excited kan, mengalahkan kenduri orang kahwin kesibukkannya tau. Mana tidaknya, dari start merancang sampailah habis majlis, semua aku yang uruskan.


Baik dari mencari barang, beli barang, khemah, photographer, kelengkapan rumah and macam-macam lagi. Eeeuuwww.... penatnya memang tak terkata, tapi alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. Hari tu jugak kitorang buat sambutan hari lahir mak and ayah yang ke 50 tahun. And disebabkan tahun ni last my mom jaga anak-anak chomel dia tu, so kitorang decide utk sambut birthday diorang semua sekali terus untuk kesekian kalinya...



Kad ni special direka oleh my adik chomel Nurasykin & Aliya
Tq adik-adikku, next time boleh create lagik ye...huhu..


 Inilah teratak kami sekeluarga
 khemah ni memang terbaik..
ini adalah kerana ... wwwaaa.. schema lah sangat kan...
aku ambik kat SHASHA CANOPY.
service memang terbaik, warna pun cantik,  meja kerusi dalam keadaan baik, khemah pun bersih. harga apatah lagi kan, sangat-sangat terbaik.
Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH...

 Candy buffet ni aku buat sendiri.
bekas2 ni semua beli sendiri, kebanyakkannya aku dapatkan di SSF.

 bolehlah kan... dari takde...
nak tempah makan ribu ringgit kot...

 Cupcake ni memang special. coz ni sponsor dari my beloved sister Kak Ila. kek sangat sedap, krim apetah lagi, macam makan ais-krim okay...
nak tempah pun boleh tau...bagitahu jek... 1 biji : RM 1.80.

 Ni beli dari kawan ofis aku, Abg Halim namanya.
3 pack = RM 11.00 jek. sape nak boleh bagitau jek.. huhu..

 Ni pun hasil tangan Kak Ila jugak. Sebijik 70 sen.


Ni karaoke set from my sepupu.

 orang kuat disebalik majlis tersebut

 ni lah dia CHEF DIN ya kengkawan. Orang yang bertanggungjawab terhadap semua makanan yang dihidangkan pada hari tersebut..


 Ni pun 2 pupu aku gak... tauke ais-krim. dia memang buat services camni kat umah-umah kahwin and so on.
aiskrim nilah dessert di kala panas hari tersebut... memang bestlah kan..

 Ni ustaz yang mengetuai agenda utama hari tersebut. 

 terima kasih pada semua yang sudi hadir..



amin..amin...amin...




 Nano tersayang yg excited dengan kehadiran para tetamu yang ramai...

 ni rombongan geng cit cat mak aku dr sg besi..
memang best makcik-makcik ni semua ..


 Yaya and Amsyar sekeluarga.

 Kira and Syakil sekeluarga

Sambut birthday ayah and mak aku yang ke 50 tahun.

 Mereka yang menyambut hari lahir pada majlis tersebut.

 chomel yang noty with beloved MAK
Aku sekeluarga. cuma Nano jek takde. coz dia kat dalam bilik.

p/s : terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi hadir dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.