My Blog List

Friday 22 June 2012

DEACTIVE FACEBOOK

Salam semua...

Saat ni dan ketika ini, aku sedang menulis dengan ditemani linangan airmata yang berjujuran jatuh di bumi umpama air terjun yg deras mengalir tanpa hentinya. Sedih sungguh rasa hati ini bila dugaan dan rintangan datang  menimpa diri yang kerdil untuk menghadap segala macam onak duri hidup di dunia ini. Sampai ada seketikanya otak aku menjadi beku yang membuatkan aku tak dapat nak berfikir dengan warasnya pun. Namun, Alhamdullillah aku tersedar dari bisikan syaitan nirrajim dari berbuat sesuatu yang bodoh dalam hidup ni. Aku sedar bahawasanya, semua manusia yang hidup di pentas lakonan bumi ALLAH ni memang tak lari dari pelbagai dugaan dan rintangan daripada ALLAH yang maha ESA. Aku segera berserah untuk mendapatkan keredhaan dunia dan akhirat. 

Bukan niat hati nak menjadi seorang wanita yang mementingkan diri, membanggakan diri, membenci kehidupan peribadi orang di sekeliling aku dan menjadi seorang hamba yang tidak redha dengan kehidupan yang diberi dan pelbagai lagi. Cuma terkadang hati kecil ni cepat terasa dengan ujian yang diberi. Mungkin kekuatan jiwaku secara zahirnya nampak kuat dan cekal berani. Tapi, sebaliknya yang terjadi. Tak ada sedikitpun niat dihatiku nak menjadi seorang anak yang derhaka terhadap kedua ibu bapa, menjadi seorang kawan yang mementingkan diri dan tidak disukai malah dibenci, menjadi pekerja yang tak menghargai tugas sendiri dan macam-macam lagi perkara negatif yang lain. 

Cuma terkadang aku tak dapat lari daripada melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan kejatuhan diri sendiri. Bukan niat hati juga mengemaskini status FB dengan ayat-ayat yang kurang sopan untuk kepuasan diri. Cuma niat dihati nak beri sedikit teguran yang kasar kepadanya. Tapi, ramai pulak yang tersalah anggap dengan status yang ditulis,. Dituju khas pada yang lain, tapi yang lain pulak terasa. Mungkin disebabkan situasi yang berlaku sama dengan mereka juga. Tapi ketahuilah, bukan mereka yang aku katakan. Cuma sepasangan manusia yang leka dengan nikmat didunia tanpa sedar azab di neraka. 

Oleh sebab itu, aku dah pun ambil keputusan untuk deactive aku punya fb acc untuk keharmonian semua. Aku rasa itu yang terbaik bagi diri aku sendiri. Aku dapat rasakan, apabil acc fb aku tak aktif, maka aku takkan BACA dan LIHAT perkara-perkara yang menyakitkan hati kecil ni dan hidupku. 

p/s : To all my fb friends, aku sayang korang semua. Maafkan segala kesilapan aku and hopefully, kita semua akan keep in touch ya... LUV YA...:-)



Sunday 17 June 2012

MAJLIS TAHLIL DAN KESYUKURAN

Hai semua...


alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis lagi. walaupun jari-jemari semakin membeku akibat kesejukan dengan air-cond ofis yang sesangat sejuk giler. actually lama dah nak post mengenai entry ni, tapi asyik terbantut saja. almaklumlah next month kan nak puasa, so kena lah settlekan beberapa kerja and perkara yang tak dapat nak dilaksanakan sebelum ni.


Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T juga, dengan rasa bersyukur yang teramat sangat dan berbesar hatinya aku sekeluarga dapat menunaikan hajat untuk membuat sedikit kenduri tahlil dan kesyukuran di teratak baru kami iaitu di Aman Villa Pelangi Semenyih dan kini telah pun diberi nama baru kepada Villa Impiana Pelangi Semenyih (VIPS). Alhamdullillah 14.4.2012 hari tu, termakbullah impian kami sekeluarga. Rumah yang aku beli ni sama dengan tarikh lahirku, cuma tahun je lain..huhhu... 21 julai 2009. that's why lah sangat sayang ini rumah.


Rasa seronok sangat disamping sanak-saudara dan kawan-kawan yang dekat mahupun jauh kerana sudi untuk hadir bersama bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut. Majlis yang berlangsung memang meriah sangat dengan kehadiran mereka semua. Aku lah orang yang paling excited kan, mengalahkan kenduri orang kahwin kesibukkannya tau. Mana tidaknya, dari start merancang sampailah habis majlis, semua aku yang uruskan.


Baik dari mencari barang, beli barang, khemah, photographer, kelengkapan rumah and macam-macam lagi. Eeeuuwww.... penatnya memang tak terkata, tapi alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. Hari tu jugak kitorang buat sambutan hari lahir mak and ayah yang ke 50 tahun. And disebabkan tahun ni last my mom jaga anak-anak chomel dia tu, so kitorang decide utk sambut birthday diorang semua sekali terus untuk kesekian kalinya...



Kad ni special direka oleh my adik chomel Nurasykin & Aliya
Tq adik-adikku, next time boleh create lagik ye...huhu..


 Inilah teratak kami sekeluarga
 khemah ni memang terbaik..
ini adalah kerana ... wwwaaa.. schema lah sangat kan...
aku ambik kat SHASHA CANOPY.
service memang terbaik, warna pun cantik,  meja kerusi dalam keadaan baik, khemah pun bersih. harga apatah lagi kan, sangat-sangat terbaik.
Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH...

 Candy buffet ni aku buat sendiri.
bekas2 ni semua beli sendiri, kebanyakkannya aku dapatkan di SSF.

 bolehlah kan... dari takde...
nak tempah makan ribu ringgit kot...

 Cupcake ni memang special. coz ni sponsor dari my beloved sister Kak Ila. kek sangat sedap, krim apetah lagi, macam makan ais-krim okay...
nak tempah pun boleh tau...bagitahu jek... 1 biji : RM 1.80.

 Ni beli dari kawan ofis aku, Abg Halim namanya.
3 pack = RM 11.00 jek. sape nak boleh bagitau jek.. huhu..

 Ni pun hasil tangan Kak Ila jugak. Sebijik 70 sen.


Ni karaoke set from my sepupu.

 orang kuat disebalik majlis tersebut

 ni lah dia CHEF DIN ya kengkawan. Orang yang bertanggungjawab terhadap semua makanan yang dihidangkan pada hari tersebut..


 Ni pun 2 pupu aku gak... tauke ais-krim. dia memang buat services camni kat umah-umah kahwin and so on.
aiskrim nilah dessert di kala panas hari tersebut... memang bestlah kan..

 Ni ustaz yang mengetuai agenda utama hari tersebut. 

 terima kasih pada semua yang sudi hadir..



amin..amin...amin...




 Nano tersayang yg excited dengan kehadiran para tetamu yang ramai...

 ni rombongan geng cit cat mak aku dr sg besi..
memang best makcik-makcik ni semua ..


 Yaya and Amsyar sekeluarga.

 Kira and Syakil sekeluarga

Sambut birthday ayah and mak aku yang ke 50 tahun.

 Mereka yang menyambut hari lahir pada majlis tersebut.

 chomel yang noty with beloved MAK
Aku sekeluarga. cuma Nano jek takde. coz dia kat dalam bilik.

p/s : terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi hadir dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.

COMEL YANG NAKAL

Holla....


kali ni nak story pasal bebudak yang my mom jaga tu. Comel yang nakal memang kena pun dengan diorang berempat ni (yaya, kira, amsyar, syakil). Lately ni selalu jek balik lambat and bulan ni pun aku masuk PI, that means jam 7.30 pagi dah kena tiba di ofis and balik pulak lambat. so, pegi keje tak nampak matahari, balik pun tak nampak matahari. Minggu ni memang tak jumpa diorang langsung... dan itu telah menyebabkan diriku merindui mereka semua. 


And malam tadi, terjumpa pulak pic-pic yang ada dalam adik aku punya fon. semuanya aksi-aksi comel diorang bersendaloka di atas tempatku beradu... Wwwaa..waaa...waa... bukan main seronok diorang tau...


 yaya : cool peace....
kira : hello kawan-kawan...
** disamping shikin yang sekarangnya tengah berjuang di PLKN Sabah**

 mereka memang pelakon terhebat

 see.. kegedikkan terserlah di situ... huhu..

 berangan lah tu si kira..

oh ya.. sekarang tengah belajar mengeja sambil berlari 1 rumah.. 
yang mengajar kira, seperti biasa adalah kakak tersayang... YAYA.
semua lagu yang Yaya belajar kat sekolah, Kira pun pandai dah nyanyi.

 really love this pic so much...
tak sanggup rasanya nak pisahkan diorang berdua. coz diorang memang tersangat-sangat rapat. makan bersama, tido bersama, mandi bersama. and diorang sangat menyokong and bertolak ansur antara satu sama lain.. :-(

HI-TEA DI HILTON KL SENTRAL

Salam semua...


YA ALLAH YA TUHAN KU.... 
sudah lama bebenor aku tak mengupdate blog kesayanganku ni kan. Sedih plus pilu jek rasa hati ni melihat blog yg dah di anaktirikan. Ini adalah sebab kekangan masa yang tak dapat dielakkan. Actually banyak sangat yang aku nak story molly ngan korang semua. Tapi tak per, korang terpaksa muntah hijau campur kuninglah hari ni jawabnya. Coz, aku akan keluarkan semua lava yang ada dalam draf aku nie... huhuhu... so, bersedia ya... 


Btw, entry kali ni agak macam dah basi skit lah kan, tapi ade aku kesah???... aku nak cite gak.. huhu.. last 2 months my big boss ade perjumpaan dengan semua chief editor media. So, of coz lah ahkak ni tersangat busy untuk menjemput mereka-mereka semua ke Majlis Minum Petang bersama my BIG BOSS. Seperti biasa juga, apabila ada function yang melibatkan pihak media, memang aku lah yang paling busy dalam ofis ni. Aku dah macam lipas kudung duk buat keje tu semua. Call, follow up kehadiran adalah perkara wajib dalam tugasan seperti ini. And of coz korang pun tahu kalau bab-bab menelefon ni kan.. ada yang jawab, tak jawab, engage memanjang and banyak lagilah yang boleh menyebabkan migrain 3 4 hari.. And disebabkan function tu jugaklah cuti yang dah diluluskan terpaksa dibatalkan... wawawaa... sedey rasa hati ni.. 


Tapi tak per, alhamdulillah aku memahami skop kerja yang memang tak boleh diramal langsung pun agendanya. But I LOVE MY JOB :-). Function kat Hilton kali ni, nasib baiklah dapat bantuan dari beberapa kawan ofis yang sangat sporting giler. They are Abg Hazri (our mentry kewangan...hahaha..), Abg Azlimi (sangat sporting gilerrr) and Abg Saiful (yg ok jek semuanya... khann..haha) . Terima kasih pada mereka bertiga yang sudi menghulurkan bantuan waktu tu. So, layan jek lah pic yang aku sempat rakamkan time tu ya.. enjoy...


Abg Hazri a.k.a mentry kewangan

 
 Cenderahati utk tetamu

 yaaa... that's PATCHI CHOC..... yummyyy..





 
 
 takkan tetamu je kan.... of coz lah urusetia pun wajib dapat...

 Mereka yang banyak membatu..


 Orang kuat majlis semua nie...
 nice view...
 
berangan itu perlu... :-)

 ok, tu jek nak cite for this entry... 
jumpa next entry ya semua.... dddaaa.....