alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis lagi. walaupun jari-jemari semakin membeku akibat kesejukan dengan air-cond ofis yang sesangat sejuk giler. actually lama dah nak post mengenai entry ni, tapi asyik terbantut saja. almaklumlah next month kan nak puasa, so kena lah settlekan beberapa kerja and perkara yang tak dapat nak dilaksanakan sebelum ni.
Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T juga, dengan rasa bersyukur yang teramat sangat dan berbesar hatinya aku sekeluarga dapat menunaikan hajat untuk membuat sedikit kenduri tahlil dan kesyukuran di teratak baru kami iaitu di Aman Villa Pelangi Semenyih dan kini telah pun diberi nama baru kepada Villa Impiana Pelangi Semenyih (VIPS). Alhamdullillah 14.4.2012 hari tu, termakbullah impian kami sekeluarga. Rumah yang aku beli ni sama dengan tarikh lahirku, cuma tahun je lain..huhhu... 21 julai 2009. that's why lah sangat sayang ini rumah.
Rasa seronok sangat disamping sanak-saudara dan kawan-kawan yang dekat mahupun jauh kerana sudi untuk hadir bersama bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut. Majlis yang berlangsung memang meriah sangat dengan kehadiran mereka semua. Aku lah orang yang paling excited kan, mengalahkan kenduri orang kahwin kesibukkannya tau. Mana tidaknya, dari start merancang sampailah habis majlis, semua aku yang uruskan.
Baik dari mencari barang, beli barang, khemah, photographer, kelengkapan rumah and macam-macam lagi. Eeeuuwww.... penatnya memang tak terkata, tapi alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. Hari tu jugak kitorang buat sambutan hari lahir mak and ayah yang ke 50 tahun. And disebabkan tahun ni last my mom jaga anak-anak chomel dia tu, so kitorang decide utk sambut birthday diorang semua sekali terus untuk kesekian kalinya...
Kad ni special direka oleh my adik chomel Nurasykin & Aliya
Tq adik-adikku, next time boleh create lagik ye...huhu..
Inilah teratak kami sekeluarga
khemah ni memang terbaik..
ini adalah kerana ... wwwaaa.. schema lah sangat kan...
aku ambik kat SHASHA CANOPY.
service memang terbaik, warna pun cantik, meja kerusi dalam keadaan baik, khemah pun bersih. harga apatah lagi kan, sangat-sangat terbaik.
Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH...
Candy buffet ni aku buat sendiri.
bekas2 ni semua beli sendiri, kebanyakkannya aku dapatkan di SSF.
bolehlah kan... dari takde...
nak tempah makan ribu ringgit kot...
Cupcake ni memang special. coz ni sponsor dari my beloved sister Kak Ila. kek sangat sedap, krim apetah lagi, macam makan ais-krim okay...
nak tempah pun boleh tau...bagitahu jek... 1 biji : RM 1.80.
Ni beli dari kawan ofis aku, Abg Halim namanya.
3 pack = RM 11.00 jek. sape nak boleh bagitau jek.. huhu..
Ni pun hasil tangan Kak Ila jugak. Sebijik 70 sen.
Ni karaoke set from my sepupu.
orang kuat disebalik majlis tersebut
ni lah dia CHEF DIN ya kengkawan. Orang yang bertanggungjawab terhadap semua makanan yang dihidangkan pada hari tersebut..
Ni pun 2 pupu aku gak... tauke ais-krim. dia memang buat services camni kat umah-umah kahwin and so on.
aiskrim nilah dessert di kala panas hari tersebut... memang bestlah kan..
Ni ustaz yang mengetuai agenda utama hari tersebut.
terima kasih pada semua yang sudi hadir..
amin..amin...amin...
Nano tersayang yg excited dengan kehadiran para tetamu yang ramai...
ni rombongan geng cit cat mak aku dr sg besi..
memang best makcik-makcik ni semua ..
Yaya and Amsyar sekeluarga.
Kira and Syakil sekeluarga
Sambut birthday ayah and mak aku yang ke 50 tahun.
Mereka yang menyambut hari lahir pada majlis tersebut.
chomel yang noty with beloved MAK
Aku sekeluarga. cuma Nano jek takde. coz dia kat dalam bilik.
p/s : terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi hadir dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment