My Blog List

Wednesday, 28 May 2014

AYAH

Assalamualaikum....

AYAH... ABAH... PAPA....BABA...
Apa yang korang rasa bila bercakap mengenai perkara ni. Ungkapan yang seringkali kita ungkapkan mengikut panggilan yang kita tetapkan sendiri. Aku memang dari kecik panggil AYAH... Kenapalah tak panggil PAPA ke ... BABA ke kan.... Suka pulak aku dengan panggilan yang macam tu. Terasa menja dan dekat je dengan si pemilik panggilan tu sendiri.

AYAH...
Besar sungguh peranan dia sebagai ketua keluarga. Dialah ketua, dialah IMAM dan dialah tempatnya kita nak rujuk mengenai apa pun keputusan yang kita nak buat dalam kehidupan kita sendiri. Dia lah juga tempat kita nak merengek siang malam coz tak dapat choki-choki... patung superman, batman, barbie and macam-macam lagi lah. Bukan senang nak jadi ayah ni, perlu siapkan diri dari segi mental dan fizikal demi membesarkan anak-anak agar menjadi orang yang berguna di kemudian hari. Lagi besar ganjarannya kalau dia dapat mendidik anaknya sebagai seorang anak yang soleh dan solehah. Sejuk je perut si isteri yang mengandungkan anaknya tu..

AYAH...
Aku ni tak lah rapat sangat dengan ayah aku. Coz ayah aku ni garang waktu aku kecik-kecik. Waktu kecik dulu, aku sampai takut gak lah kalau dengar ayah nak balik dari kerja. Ayah aku ni very perfectionist kalau bab-bab kebersihan ni. Disebabkan sebutir nasi je ada atas lantai, aku dah siap tadah tangan nak kena sebat dengan 3 batang lidi halus tu... Haaaiisshh... spoil betul kalau teringat balik.. Ccchhooiii.... Tapi tu lah, nasib baik anak dia ni jadi gak lah orang yug berguna.

AYAH..
Actually bukan nak buat luahan rasa pasal cara ayah aku membesarkan aku pun. Cuma kekadang rasa sedih pula bila teringat susah senangnya nak besarkan aku ni. Tapi bukan setiap waktu tu indah dan buruk belaka. Cuma pengalaman hidup yang terkadang singgah untuk menguji tahap kesabaran, kepandaian dan rasa bersyukur dengan apa yg ada dalam hidup kita ni kekadang boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian kita.

AYAH..
Anak mana yang tak sayangkan ayah dia kan. Tapi kekadang aku rasa kosong, sedih, marah, bengang, meluat, benci dengan perasaan aku sendiri. Macam mana aku nak jadi anak yang solehah kalau cara aku dibesarkan biasa2 saja. Aku pun teringin nak AYAH yang boleh jadi imam aku, Ayah yang ajar aku solat, AYAH yang jadi cikgu aku, AYAH yang jadi kawan aku, AYAH yang jadi bapa yang ambil report kad di sekolah aku, AYAH yang pujuk waktu aku merajuk atau sedih atau marah, AYAH yang selalu ada bila aku dalam kesusahan. Besar sangat ke kemahuan aku ni? Susah sangat ke sebagai seorang ayah nak penuhi hasrat anaknya ni? Semua tu hanya soalan yang takkan dapat jawapan sampai bila-bila pun.... :-)

AYAH..
Orang lain boleh berkata apa sekalipun kat kita. Tapi orang luar, even saudara kita sendiri pun tak tahu apa yang kita lalui dalam hidup kita sendiri. Ya, banyak betul kekurangan cabaran sebagai AYAH. Susah juga kalau kita dapat ayah yang masih belum sedar akan keadaannya, yang hanya pentingkan kehendak dia sendiri, semuanya untuk diri dia sendiri hinggakan apa yg berlaku disekeliling dia adalah salah dan semak bagi dia. Buat ape ada isteri dan anak yang ramai kalau tak mampu nak laksanakan tugas sebagai AYAH dengan jayanya. Tak perlu berpoligami jika tak mampu, tak perlu anak ramai jika tak mampu, tak perlu berlagak kaya jika tak mampu, tak perlu penuhi kehendak yang bukan-bukan jika tak mampu. Silap-silap, yang Halal boleh jadi Haram, Yang Haram boleh jadi Halal bagi dia... Nauzubillah...

AYAH..
Sampai bila-bila pun panggilan ayah tu akan sentiasa kita dengar, Akan sentiasa kita sebut selamanya. 

AYAH..
Pimpinlah Isteri dan anak-anakmu ke jalan yang benar. Rotan dan pukullah anak-anakmu jika dia tidak ikut cakap AYAH untuk solat, jika dia tak ikut cakap AYAH untuk tidak keluar malam, jika dia tak ikut cakap AYAH untuk jadi anak yang soleh dan solehah...

AYAH...
Didiklah anak-anakmu yang cetek pengetahuan, yang cetek kemahiran, yang cetek pengalaman hidup, yang cetek ilmu sebagai seorang anak yang sebelum ini AYAH pun tempuh sebagai seorang anak.

AYAH..
Hingga hujung nyawapun AYAH tetap AYAH..