Salam semua...
Saat ni dan ketika ini, aku sedang menulis dengan ditemani linangan airmata yang berjujuran jatuh di bumi umpama air terjun yg deras mengalir tanpa hentinya. Sedih sungguh rasa hati ini bila dugaan dan rintangan datang menimpa diri yang kerdil untuk menghadap segala macam onak duri hidup di dunia ini. Sampai ada seketikanya otak aku menjadi beku yang membuatkan aku tak dapat nak berfikir dengan warasnya pun. Namun, Alhamdullillah aku tersedar dari bisikan syaitan nirrajim dari berbuat sesuatu yang bodoh dalam hidup ni. Aku sedar bahawasanya, semua manusia yang hidup di pentas lakonan bumi ALLAH ni memang tak lari dari pelbagai dugaan dan rintangan daripada ALLAH yang maha ESA. Aku segera berserah untuk mendapatkan keredhaan dunia dan akhirat.
Bukan niat hati nak menjadi seorang wanita yang mementingkan diri, membanggakan diri, membenci kehidupan peribadi orang di sekeliling aku dan menjadi seorang hamba yang tidak redha dengan kehidupan yang diberi dan pelbagai lagi. Cuma terkadang hati kecil ni cepat terasa dengan ujian yang diberi. Mungkin kekuatan jiwaku secara zahirnya nampak kuat dan cekal berani. Tapi, sebaliknya yang terjadi. Tak ada sedikitpun niat dihatiku nak menjadi seorang anak yang derhaka terhadap kedua ibu bapa, menjadi seorang kawan yang mementingkan diri dan tidak disukai malah dibenci, menjadi pekerja yang tak menghargai tugas sendiri dan macam-macam lagi perkara negatif yang lain.
Cuma terkadang aku tak dapat lari daripada melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan kejatuhan diri sendiri. Bukan niat hati juga mengemaskini status FB dengan ayat-ayat yang kurang sopan untuk kepuasan diri. Cuma niat dihati nak beri sedikit teguran yang kasar kepadanya. Tapi, ramai pulak yang tersalah anggap dengan status yang ditulis,. Dituju khas pada yang lain, tapi yang lain pulak terasa. Mungkin disebabkan situasi yang berlaku sama dengan mereka juga. Tapi ketahuilah, bukan mereka yang aku katakan. Cuma sepasangan manusia yang leka dengan nikmat didunia tanpa sedar azab di neraka.
Oleh sebab itu, aku dah pun ambil keputusan untuk deactive aku punya fb acc untuk keharmonian semua. Aku rasa itu yang terbaik bagi diri aku sendiri. Aku dapat rasakan, apabil acc fb aku tak aktif, maka aku takkan BACA dan LIHAT perkara-perkara yang menyakitkan hati kecil ni dan hidupku.
p/s : To all my fb friends, aku sayang korang semua. Maafkan segala kesilapan aku and hopefully, kita semua akan keep in touch ya... LUV YA...:-)